Pasaran saham ditutup positif

Bursa Malaysia ditutup positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 6.32 mata kepada 1587.91 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1581.59 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1581.77.

Jumlah dagangan sebanyak 3.09 juta unit bernilai RM2.93 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 558 berbanding 514 dengan 505 kaunter tidak berubah dan 1,073 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 125.87 mata atau 0.30 peratus kepada 42,520.27 dan indeks Kospi Korea Selatan menokok sebanyak 0.25 peratus kepada 3,187.16 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura jatuh sebanyak 0.05 peratus kepada 4,241.64. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN