PETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans akibat kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada RM1.65 bilion pada suku pertama tahun ini, berbanding RM1.61 bilion pada suku sama 2024. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon berkata, ini didorong oleh peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya dan aktiviti ekonomi yang semakin rancak. Katanya, jumlah pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans akibat kemalangan…