PETALING JAYA: SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana), pengeluar bahan kimia khusus untuk industri minyak dan gas (O&G) melihat sektor kimia hijau di Malaysia mempunyai potensi besar, sejajar dengan peralihan global ke arah tenaga bersih dan produk mesra alam. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana Group Berhad, Norazlam Norbi berkata, pihaknya kini terlibat aktif dalam pembangunan bahan kimia berasaskan oleokimia, termasuk kerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Ujarnya, kerjasama itu…