Sektor perbankan kekal ‘overweight’

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor perbankan Malaysia, melihat penurunan 7.5 peratus dalam Indeks Kewangan KL (KLFIN) dari awal tahun sehingga kini sebagai peluang strategik untuk membina kedudukan menjelang pemulihan pasaran yang dijangkakan pada separuh kedua 2025.

Bank pelaburan berkata, bagi tiga suku akan datang, penelitian akan dilakukan tentang cara bank terus melaksanakan strategi mereka untuk menavigasi ketidaktentuan pasaran.

Pihaknya menjangkakan pertumbuhan perolehan tahun ke tahun yang lebih perlahan, dipengaruhi oleh beberapa faktor yang bercanggah seperti jangkaan turun naik margin faedah bersih (NIM) jangka pendek, bergantung pada masa pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Walau bagaimanapun, pendapatan faedah bersih (NII) harus terus berkembang berdasarkan asas pinjaman yang diperbesarkan. 

“Pertumbuhan pendapatan bukan faedah (NOII) yang berdaya tahan adalah berkemungkinan besar walaupun prestasinya yang lebih baik sejak dua tahun lalu.

 “Sementara itu, penarikan semula mendadak adalah mustahil, kerana peluang NOII berterusan terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu di mana bank memanfaatkan secara strategik pada Nilai Saksama yang lebih besar melalui rizab Pendapatan Komprehensif Lain (FVOCI),” katanya dalam nota penyelidikan.

Hong Leong Investment Bank berkata, ketiadaan pelarasan semula besar bagi peruntukan tambahan (overlay) akan membawa kepada normalisasi dan potensi peningkatan dalam kos kredit.

“Kami menjangkakan bank-bank akan membuat penambahan dalam peruntukan pengurusan tambahan (overlay), memandangkan persekitaran ekonomi semasa yang dinamik. 

“Ini terutamanya berlaku jika kerugian kredit jangkaan dalam keadaan perniagaan seperti biasa kekal rendah, dengan matlamat untuk terus memperkukuh perlindungan terhadap kerugian pinjaman,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, bank pelaburan berkata, sebarang peningkatan mendadak dalam kos kredit dijangka akan terhad oleh momentum pemulihan yang masih kukuh, disokong oleh kualiti aset yang mantap. 

“Secara keseluruhan, kami menjangkakan pertumbuhan keuntungan bersih sektor yang sederhana sebanyak 2.0 peratus bagi tahun kewangan 2025 (berbanding sembilan peratua pada tahun kewangan 2024), dengan pulangan atas ekuiti (ROE) sektor yang stabil pada kadar 10.6 peratus (2024: 10.7 peratus),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN