PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.58 mata kepada 1,530.37 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,529.79 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,531.05.
Jumlah dagangan sebanyak 213.18 juta unit bernilai RM105.04 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 217 berbanding 105 dengan 291 kaunter tidak berubah dan 1940 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 507.24 mata atau 1.23 peratus kepada 41,678.56 dan indeks STI Singapura naik 0.55 peratus kepada 4,231.28 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.41 peratus kepada 3,228.68. – UTUSAN