KWSP kini pemegang saham utama NationGate

KWSP kini pemegang saham utama NationGate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini muncul sebagai pemegang saham utama dalam NationGate Holdings Bhd. dengan pegangan langsung sebanyak 5.1 peratus.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam, NationGate berkata, KWSP telah memperoleh 89.39 juta saham atau 3.93 peratus kepentingan dalam penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik itu pada 15 Julai lalu.

Pengambilalihan pegangan tersebut berlaku sehari selepas premis anak syarikat milik penuh NationGate iaitu NationGate Solution (M) Sdn. Bhd. diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syarikat berkata, pembelian saham terkini itu telah meningkatkan pegangan KWSP melepasi ambang lima peratus yang diperlukan untuk dianggap sebagai pemegang saham utama.

Susulan pembelian saham itu, KWSP kini merupakan pemegang saham keempat terbesar NationGate.

Agensi dana persaraan itu berada di belakang Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ooi Eng Leong yang memiliki 48.26 peratus kepentingan; isteri beliau, Datin Tan Ah Geok (6.48 peratus) dan Amanah Saham Nasional Bhd (5.5 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN