Kumpulan Affin di naik taraf kepada penarafan ‘AA’

Kumpulan Affin di naik taraf kepada penarafan ‘AA’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Affin dinaik taraf daripada penarafan ‘A’ kepada ‘AA’ dalam MSCI ESG Ratings, sekali gus meletakkan Affin dalam kalangan peneraju global dalam prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Peningkatan ini mencerminkan komitmen teguh Affin terhadap kelestarian, piawaian etika dan tadbir urus yang telus, selaras dengan tonggak strategik ‘Perbankan Bertanggungjawab dengan Impak’ di bawah Pelan Axelerate 2028 (AX28), dalam usaha untuk menjadi syarikat kewangan paling kreatif dan inovatif di Malaysia.

Menurut laporan terkini MSCI, peningkatan ini didorong oleh penambahbaikan dalam amalan tadbir urus korporat Affin, termasuk pengawasan lembaga yang lebih kukuh, akauntabiliti yang dipertingkatkan dan ketelusan yang seiring dengan amalan terbaik global.

Affin juga menyerlah dalam perlindungan pengguna kewangan, privasi data, mitigasi risiko siber, ketelusan produk, dan dasar pelapor salah laku.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pihaknya amat berbesar hati diiktiraf dengan penarafan AA oleh MSCI.

“Ini mencerminkan kemajuan nyata kami dalam mengintegrasikan kelestarian ke dalam operasi, budaya dan tadbir urus kami.

“Bagi kumpulan, kelestarian bukan sekadar pematuhan, tetapi pemacu utama dalam mencipta nilai dan daya tahan jangka panjang.

“Penarafan ini turut memperkukuh kedudukan jenama Affin dalam kalangan pelabur institusi global yang memberi tumpuan kepada pelaburan berasaskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada strategi ESG, Affin terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan berasaskan nilai seperti pembiayaan hijau, pelaburan etika dan penyelesaian digital inklusif yang menyokong kesejahteraan kewangan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk inisiatif terkini untuk perusahaan sosial, peminjam mesra iklim dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

MSCI ESG Ratings merupakan penanda aras global yang dihormati dalam menilai daya tahan syarikat terhadap risiko jangka panjang dan keupayaan menangani peluang ESG.

MSCI ialah penyedia global indeks, analitik dan alat penyelidikan ESG yang digunakan oleh pelabur institusi dan pengurus aset di seluruh dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN