PETALING JAYA: Kekurangan pelaburan dalam infrastruktur pengagihan tenaga berpotensi menjejaskan prospek penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, menurut BIMB Securities. Firma penyelidikan itu berkata, kelemahan ketara dalam sistem pengedaran tenaga boleh menyebabkan kesesakan struktur, terutamanya disebabkan ketiadaan penaiktarafan proaktif pencawang dan talian penyuap tambahan. “Keadaan ini dapat dilihat di kawasan bandar berkepekatan tinggi dan taman perumahan lama, sekali gus mewujudkan kekangan terhadap skala pengecasan di kediaman,” katanya dalam nota penyelidikan.…










