PETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 19 peratus kepada RM718 juta bagi tahun kewangan 2024 berbanding tahun sebelumnya, disokong oleh prestasi kukuh segmen agribisnes serta kesejahteraan dan kesihatan. Selain itu, prestasi lebih baik itu turut didorong oleh hasil pelupusan aset dan pengurusan kos yang lebih tersusun di peringkat kumpulan. Bagi tempoh yang sama, kumpulan melaporkan pendapatan sebanyak RM6.96 bilion, peningkatan 12 peratus berbanding RM6.20 bilion…










