KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 unit model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu keluaran Chery, Tiggo Cross sudah ditempah pelanggan sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini, Mei lalu. Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, pihaknya teruja dengan sambutan hangat itu memandangkan ini merupakan produk pertama jenama itu di bawah segmen harga RM100,000. Katanya, varian super hibrid juga adalah pertama kali dibawa masuk ke negara ini. “Jumlah tempahan setakat ini sudah…










