PETALING JAYA: Permintaan pengguna terhadap produk Tealive terus menunjukkan pertumbuhan positif, didorong oleh pelbagai faktor termasuk cita rasa unik, aksesibiliti cawangan, reputasi jenama yang kukuh serta harga yang berpatutan. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, menyedari keperluan kepelbagaian pelanggan, Tealive menawarkan menu yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. “Kekuatan jenama Tealive terletak pada kemampuan mengetengahkan elemen tempatan dalam produknya, di samping mengekalkan kualiti…