PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 1.28 mata kepada 1,510.36 pada pukul 9:06 pagi hari ini, berbanding 1,511.64 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,511.89.
Jumlah dagangan sebanyak 83.88 juta unit bernilai RM37.78 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 135 berbanding 106, dengan 209 kaunter tidak berubah dan 1,956 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.41 mata atau 0.04 peratus kepada 2,951.71 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 28.81 mata atau 0.07 peratus kepada 38,559.96 manakala indeks STI Singapura turun 17.10 mata atau 0.44 peratus kepada 3,913.54. – UTUSAN