Panduan berbelanja secara berhemah ketika melancong

Panduan berbelanja secara berhemah ketika melancong

PERANCANGAN lebih awal dapat membantu menyediakan bajet melancong dengan lebih baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI hotel di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong sektor pelancongan negara, yang merupakan sumber utama penjanaan pendapatan dan pekerjaan.

Bagi mereka yang gemar melan­cong pelbagai jenis cara boleh digunakan untuk menyediakan perbelanjaan sebelum bercuti. Ini juga bagi mengelakkan anda terlebih bajet semasa bercuti.

Bagi yang ingin melancong mungkin boleh menggunakan panduan untuk berbelanja secara berhemah.

Sediakan perancangan awal

Sekiranya lokasi itu agak jauh, anda boleh menem­pah tiket penerbangan dan penginapan lebih awal untuk dapat harga promosi.

Anda juga boleh merancang jadu­al perjalanan harian agar tidak perlu berbelanja berlebihan secara spontan.

Selain itu anda juga boleh membandingkan harga hotel, pengangkutan dan pakej lawatan menggunakan platform perbandingan (seperti Agoda, Booking.com, Traveloka).

Tetapkan Belanjawan untuk bercuti

Sebelum bercuti sediakan bajet harian untuk makanan, pengangkutan, tiket masuk dan cenderahati.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi bajet atau catatan mudah untuk rekodkan perbe­lanjaan harian.

Boleh juga elakkan menggunakan kad kredit secara berlebihan, lebih baik guna tunai atau e-wallet.

Pilih destinasi mesra poket

Anda boleh memilih destinasi pelancongan domestik yang lebih murah dan mudah diakses.

Jika boleh elakkan musim puncak kerana harga biasanya berganda.

Boleh mencuba tempat menarik yang percuma atau murah seperti taman negara, pasar budaya, muzium awam dan tempat warisan.

Bawa bekalan sendiri

Anda boleh membawa makanan ringan seperti biskut, air mineral atau mi segera untuk jimatkan kos makanan.

Sediakan ubat-ubatan dan keperluan asas dari rumah untuk elak beli di tempat pelancongan (biasanya lebih mahal).

Guna pengangkutan awam

Idea ini mungkin dilihat unik, lebih seronok jika boleh menggunakan  tren, bas atau e-hailing kongsi untuk jimat kos pengangkutan.

Sekiranya melancong dalam kumpulan, sewa kenderaan bersama lebih menjimatkan.

Malah, boleh juga ambil tahu pas pengangkutan harian/mingguan sepertia yang disediakan oleh MyRapid KL, travel pass di luar negara).

Guna baucar dan promosi

Anda boleh memanfaatkan e-dompet, kad bank atau aplikasi tempahan yang menawarkan diskaun, cash back dan baucar.

Elakkan perangkap pelancongan 

Jangan mudah tertarik dengan pakej pelancongan yang terlalu murah—pastikan sah dan selamat.

Boleh bandingkan harga cenderamata di beberapa kedai sebelum beli.

Elakkan makan di kawasan tumpuan pelancong (harga sering lebih mahal). Sebaliknya, cari restoran tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN