PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Sembilan komited membangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek yang meliputi keluasan 161.87 hektar, sekali gus terus menarik minat pelabur asing dalam sektor berkenaan apabila beberapa syarikat dari China menyatakan kesediaan untuk melabur di kawasan itu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu hasil daripada lawatan dan perbincangan delegasi Malaysia ke China, yang turut melibatkan syarikat terkenal seperti United Imaging, pengeluar mesin Imbasan…










