KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dan cabaran perdagangan antarabangsa. Pengarah Eksekutif Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Andrew Chan Yik Hong berkata, permintaan terhadap semikonduktor dijangka terus meningkat walaupun terdapat kelembapan sementara dalam kemasukan pelaburan ke negara ini. Beliau turut mengakui wujud sedikit penurunan dalam pertanyaan pelaburan baru-baru ini, namun menyifatkannya sebagai reaksi biasa terhadap suasana politik dan ekonomi global yang sedang berubah, khususnya ketika menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dahulu. “Permintaan untuk semikonduktor terus berkembang. McKinsey sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya