PETALING JAYA: Jenama motosikal pertama dari Amerika Syarikat (AS), Indian Motorcycle kembali dilancarkan di negara ini di bawah pengedar tunggal dan eksklusif baharu, Spirit Lake Motor Sdn. Bhd. Lebih menarik lagi, harga yang ditawarkan untuk beberapa model ikonik adalah di bawah RM100,000. Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia, Lai Wai Keat berkata, harga istimewa tersebut adalah untuk model-model sedia ada dalam pasaran, manakala harga bagi model-model seterusnya yang bakal dilancarkan pada…










