Glomac catat untung sebelum cukai RM33.4 juta

Glomac catat untung sebelum cukai RM33.4 juta

glomac
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Glomac Berhad (Glomac), pemaju hartanah yang telah memenangi berbilang anugerah bagi pelbagai pembangunan di Kuala Lumpur Raya, Selangor dan Johor, mengumumkan pendapatan kewangan untuk suku tahun keempat yang berakhir pada 30 April 2025 (S4 TK2025).

Kumpulan mencatatkan pendapatan tidak diaudit sebanyak RM74.9 Juta dan Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) sebanyak RM 12.1 Juta pada S4 TK2025.

Pada TK2025 berakhir pada 30 April 2025, Kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM 283.3 Juta. Pendapatan yang kukuh ini disumbang oleh aktiviti pembinaan berterusan, termasuk projek-projek pembangunan di Saujana Perdana, Lakeside Residences dan Plaza@Kelana Jaya.

Pada TK2024, PBT telah meningkat kepada RM33.4 Juta daripada RM32.9 Juta, disumbang oleh margin yang lebih kukuh daripada pembangunan bernilai tinggi, keuntungan daripada pelupusan harta pelaburan, dan kos pembiayaan yang lebih rendah.

Glomac telah berjaya melengkapkan dan menyerahkan beberapa projek termasuk, 121 Residences, sebuah pembangunan residensi bertingkat tinggi dengan Nilai Pembangunan Kasar Dianggarkan (“GDV”) sebanyak RM334 Juta.

Hal ini  mencerminkan iltizam berterusan kumpulan dalam memastikan pelaksanaan projek disiapkan mengikut jadual sambil menepati standard kualiti yang ditetapkan.

Kedudukan kewangan Glomac terus menunjukkan perkembangan yang mapan dengan penggearan bersih menghampiri sifar dan dana pemegang saham sejumlah RM1,200.9 Juta.

Setakat 30 April 2025, wang tunai dan baki bank berjumlah RM235.7 Juta, menyediakan tahap kecairan yang kukuh bagi menyokong pembangunan berterusan dan strategi peluasan tanah kumpulan.

Aset bersih sesaham yang boleh diagihkan kekal pada RM1.56, ini menunjukkan nisbah harga kepada buku (price-to-book ratio) dalam anggaran 0.20 kali.

Pada S4 TK2025, Glomac telah melancarkan fasa baharu melalui pembangunan komuniti bersepadu yang rancak dan berkembang maju.

Pelancaran utama termasuk rumah berkembar di KEYS, Lakeside Residences, rumah teres dua tingkat di ALLAMANDA, Saujana KLIA dan juga di ALAMANDA, Saujana Jaya, Kulai Johor.

Pelancaran ini telah mendapat respon pasaran yang baik, mencatat kadar pengambilan unit yang menggalakkan sejak pelancaran. Kesemua 112 unit rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Utama, dilancarkan pada S1TK2025, telah terjual sepenuhnya pada S4TK2025.

Glomac telah berjaya merekodkan jualan sebanyak RM332 Juta sepanjang tahun kewangan, syarikat berjaya mengekalkan momentum jualan yang kukuh, didorong oleh penawaran produk kediaman yang disasarkan dengan tepat, responsif terhadap kehendak pasaran, dan seiring dengan keutamaan pembeli masa kini.

Menjelang TK2026, Glomac terus mengekalkan momentum pelancarannya dan akan terus mengamalkan pendekatan yang berdisiplin serta sejajar dengan keperluan pasaran dalam memperkenalkan produk baharu.

Glomac sedang merancang  pelancaran baharu dengan GDV danggarkan sebanyak RM324 Juta, merangkumi sepenuhnya hartanah residensi teres. Agenda utama pelancaran meliputi dua fasa baharu teres dua tingkat di Serai@SBCR dan sebuah fasa baharu rumah berkembar di KEYS, Lakeside Residences. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN