Bursa Malaysia dibuka positif

Bursa Malaysia dibuka positif

tarif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.18 mata kepada 1,521.13 pukul 9.15 pagi hari ini, berbanding 1,516.95 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,520.86.

Jumlah dagangan sebanyak 24.88 juta unit bernilai RM13.97 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 103 berbanding 49 dengan 177 kaunter tidak berubah dan 2,039 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 110.56 mata atau 0.29 peratus kepada 38,322.07 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.52 peratus kepada 2,886.72 manakala Indeks STI Singapura turun 0.21 peratus kepada 3,925.38.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN