Bursa Malaysia dibuka negatif

Bursa Malaysia dibuka negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 2.89 mata kepada 1,515.22 pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,518.11 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,517.87.

Jumlah dagangan sebanyak 176.29 juta unit bernilai RM95.25 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 307 berbanding 97 dengan 243 kaunter tidak berubah dan 1,767 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 280.53 mata atau 0.74 peratus kepada 38,114.78 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.16 peratus kepada 2,899.38 dan Indeks STI Singapura turun 0.4 peratus kepada 3,895.70.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN