Ai-CHA buka 300 cawangan diiktiraf Malaysia Book of Records

Ai-CHA buka 300 cawangan setahun diiktiraf Malaysia Book of Records

WAKIL Malaysia Book of Records ketika menyerahkan papan replika anugerah itu kepada wakil Ai-CHA di Fahrenheit 88, Bukit Bintang, hari ini. UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rangkaian ais krim dan teh dari Indonesia, Ai-CHA merangkul pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ‘Rangkaian Kedai Aiskrim Paling Banyak Dibuka Dalam Setahun’ dan ‘Rangkaian Kedai Minuman Paling Banyak Dibuka Dalam Setahun’.

Kejayaan itu diperoleh apabila syarikat tersebut membuka 300 cawangan dalam tempoh 12 bulan.

Timbalan Pengurus Besar Ai-CHA Global, Danny Tahardi berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman yang kompetitif.

“Kejayaan mencapai 300 cawangan dalam tempoh 12 bulan adalah hasil sokongan padu peminat Ai-CHA serta dedikasi seluruh pasukan kami.

“Kami amat menghargai kepercayaan pelanggan dan akan terus berusaha mencipta lebih banyak pengalaman manis bersama rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis penyerahan Anugerah Book of Records (MBR) di sini hari ini. 

Selain itu, jenama tersebut turut meneirma Anugerah Pilihan Pengguna daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) bagi tahun 2025/2026.

Sementara itu, Ai-CHA kini turut  merancang untuk memperluas operasi ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar, khususnya di Malaysia Timur yang mempunyai permintaan tinggi tetapi kurang persaingan.

Ai-CHA juga bakal memperkenalkan snek panas seperti ayam goreng dan kentang goreng di beberapa cawangan terpilih sebagai tambahan kepada tawaran produk sedia ada.

Jenama itu kini beroperasi di sembilan negara termasuk Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Brunei.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN