SEMASA pelancaran Suzuki Jimny generasi keempat yang awal, ia cuma ada dua pintu dan tanda harga bermula dari RM160,000. Ramai tertarik tetapi dengan dimensi yang hampir sama seperti model-model Jimny terdahulu dan kapasiti enjin yang juga kekal sama (1.5L), ramai pula yang memberi alasan ia terlalu kecil dan tidak praktikal. Mereka yang mampu, terus membeli tanpa memikirkan alasan lain kerana jika hendak sesuatu yang besar, beli sahajalah Honda CR-V. Pertengahan…










