PETALING JAYA: Aktiviti pembinaan hartanah kediaman mencatat pertumbuhan kukuh pada suku pertama tahun ini apabila jumlah unit siap dibina melonjak 30.2 peratus kepada 9,329 unit berbanding 7,168 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sr. Abdul Razak Yusak berkata, bilangan unit yang mula dibina juga menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 32.5 peratus kepada 28,344 unit berbanding 21,391 unit, mencerminkan trajektori positif dalam pembangunan sektor kediaman negara.…