KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong sentimen positif berikutan perkembangan tarif perdagangan antara ekonomi global utama, termasuk China dan United Kingdom (UK), kata seorang pakar ekonomi. Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2715/2905 berbanding dolar AS berbanding 4.2780/2830 pada penutup Khamis. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, terdapat keyakinan bahawa rundingan perdagangan antara AS dan China akan…