Pasaran saham ditutup positif

Pasaran saham ditutup positif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 13.10 mata kepada 1,549.90 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,536.80 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,536.56.

Jumlah dagangan sebanyak 2.84 bilion unit bernilai RM2.43 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 595 berbanding 381 dengan 478 kaunter tidak berubah dan 889 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 51.03 mata atau 0.14 peratus kepada 36,779.66 berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.55 peratus kepada 2,573.80 dan Indeks STI Singapura meningkat 0.02 peratus kepada 3.861.26.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN