PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 1.27 mata kepada 1,571.75 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,573.02 penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,575.60.
Jumlah dagangan sebanyak 2.88 bilion unit bernilai RM2.12 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 613 berbanding 380 dengan 481 kaunter tidak berubah dan 923 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun turun 1.79 mata atau 0.00 peratus kepada 37,753.72 dan Indeks STI Singapura menurun 1.89 mata atau 0.05 peratus kepada 3,890.05 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun,Indeks Kospi Korea Selatan meningkat 5.51 mata atau 0.21 peratus kepada 2,626.87- UTUSAN