Lift & Escalator Academy dilancar, perkukuh bidang TVET - Utusan Malaysia

Lift & Escalator Academy dilancar, perkukuh bidang TVET

LIFT & Escalator Academy dilancarkan bagi melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi dalam industri tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Potensi Terus Industries melancarkan Lift & Escalator Academy sebagai usaha memperkukuh bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam teknologi pengangkutan menegak.

Pengasasnya, Datuk Fan Kong Thiam berkata, akademi itu ditubuhkan bagi melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi dengan penekanan kepada keselamatan, kecekapan dan kelestarian melalui latihan bertaraf industri.

“Matlamat utama kami adalah mentransformasikan ilmu dan pensijilan yang diperoleh pelajar kepada amalan teknikal menerusi satu program yang sistematik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengetua Lift & Escalator Academy, Ir. Ahmad Khalil Azri berkata, akademi itu dilengkapi dengan dua unit model lif bersaiz sebenar dan sistem diagnostik untuk tujuan pengajaran. 

Katanya, program yang ditawarkan meliputi pensijilan tahap SKM, bengkel pemasangan dan penyelenggaraan serta latihan lanjutan kejuruteraan yang sejajar dengan piawaian antarabangsa dan peraturan Malaysia.

“Selain itu, wakil daripada Inovance Technology Co., Ltd., Pengurus Jualan Wilayah, Xia, turut mengumumkan kerjasama dengan Potensi Terus Industries. 

“Gabungan kepakaran R&D global Inovance dalam kawalan automasi bangunan bersama program akademi ini akan memupuk pemindahan teknologi, dan pembangunan bakat tempatan serta pembaharuan dalam ekosistem lif di rantau ini,” katanya. 

Selain itu, ketiga-tiga pihak bersetuju bahawa kerjasama rentas sempadan berteraskan TVET ini bakal melahirkan barisan profesional pengangkutan yang mengutamakan keselamatan untuk Malaysia dan rantau ASEAN secara keseluruhan, sekali gus membawa pertumbuhan transformatif kepada industri lif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN