PETALING JAYA: Bursa Malaysia menaik 2.93 mata kepada 1,539.73 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,536.80 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,536.56.
Jumlah dagangan sebanyak 122.97 juta unit bernilai RM31.80 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 142 berbanding 81 dengan 219 kaunter tidak berubah dan 1,901 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 4.44 mata atau 0.012 peratus kepada 36,835.13 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.47 peratus kepada 2,571.81 dan indeks STI Singapura turun 0.36 peratus kepada 3,846.38.-UTUSAN