PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), anak syarikat kumpulan MMC menganjurkan satu program latihan untuk pemandu pengangkut kenderaan yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi dalam pengendalian serta pengangkutan kenderaan elektrik (EV). Program dengan kerjasama Center for Logistics Leadership in Business (CLLB) Sdn. Bhd. dan KPX Sdn. Bhd. (KPX) itu dirangka untuk membekalkan pengetahuan asas dan kemahiran praktikal kepada pemandu pengangkut kenderaan bagi memastikan pengendalian EV dapat dilakukan dengan selamat…










