Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 7.61 mata kepada 1,518.91 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,526.52 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,517.30.

Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM1.81 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 548 berbanding 357 dengan 448 kaunter tidak berubah dan 994 tidak diniagakan.

Selain itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 989.94 mata kepada 34,735.93 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, Indeks STI Singapura menurun  10.68 mata kepada 3,943.53, manakala Indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 19.16 mata kepada 2,486.70. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN