PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.69 mata kepada 1,519.25 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,515.56 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,518.07.
Jumlah dagangan sebanyak 54.09 juta unit bernilai RM20.15 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 139 berbanding 70 dengan 192 kaunter tidak berubah dan 2,018 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 10.19 mata atau 0.028 peratus kepada 35,850.18 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.015 peratus kepada 2,567.53, manakala Indeks STI Singapura naik 0.24 peratus kepada 3,814.29.-UTUSAN