PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.04 mata kepada 1,513.24 pukul 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,509.20 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,511.83.
Jumlah dagangan sebanyak 106.25 juta unit bernilai RM56.79 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 175 berbanding 92 dengan 265 kaunter tidak berubah dan 1,947 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 216.78 mata atau 0.61 peratus kepada 35,992.35 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.61 peratus kepada 2,549.94, manakala indeks STI Singapura turun 0.36 peratus kepada 3,809.83.-UTUSAN