PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 11.58 mata kepada 1,487.89 pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,499.47 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,492.44.
Jumlah dagangan sebanyak 98.44 juta unit bernilai RM34.42 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 224 berbanding 46 dengan 171 kaunter tidak berubah dan 1,994 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 136.99 mata atau 0.40 peratus kepada 34,142.93 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.13 peratus kepada 2,485.28 dan indeks STI Singapura meningkat 0.48 peratus kepada 3,741.17.-UTUSAN