PENGUBAHSUAIAN rumah merupakan suatu ciri yang sering diberikan keutamaan apabila seseorang membeli kediaman.
Apatah lagi menjelang Ramadan, kebanyakan keluarga mula mencari idea menukar rekaan rumah dengan menggunakan kaedah Do-It-Yourself (DIY) atau menggunakan hasil kerja tangan sendiri.
Apabila mengubah secara DIY akan memberikan sentuhan yang lebih peribadi dan mengikut citarasa sendiri.
Enam panduan mengubah suai secara DIY.
Sediakan papan mood untuk kumpul gambar atau rekaan yang diinginkan
Selain Pinterest, anda boleh mengikuti laman sosial menarik seperti akaun Instagram bertemakan reka bentuk dalaman atau pempengaruh DIY dan menonton rancangan reka bentuk dalaman untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi.
Pilih skema warna sesuai kediaman anda
Ini bertujuan melahirkan suasana kesinambungan di antara ruang (dari ruang tamu ke dapur).
Jika mahu lebih menarik, sediakan kepingan kayu dan rotan untuk menyerlahkan lagi tona hangat di seluruh rumah.
Selidik kontraktor dan vendor
Anda boleh meminta cadangan daripada rakan atau melakukan carian pantas di internet. Setelah itu, buat pelbagai lawatan tapak, semak sampel bahan, bandingkan sebut harga dan mulakan bajet.
Jangan lupa untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan anda sebelum memulakan sebarang pengubahsuaian rumah.
Utamakan fungsi dan kualiti semasa membeli-belah untuk perabot dan kelengkapan
Pastikan semua dinding dan lantai kekal neutral. Warna pada setiap ruang mampu diwujudkan dengan penggunaan perabot dan aksesori yang sesuai.
Walau bagaimanapun, jangan hanya pilih perabot yang paling murah atau cantik.
Perabot mestilah berkualiti dan berfungsi.
Lengkapkan senarai barangan yang mahu dibeli.
Mulakan dengan sesuatu yang kecil sebelum beransur-ansur melengkapkan setiap ruang secara dengan perabot yang lebih besar.
Utamakan keperluan terlebih dahulu seperti katil, meja makan, kerusi dan lain-lain.
Potensi penjimatan kos dengan mengelakkan yuran pereka dalaman.
Sekiranya ada memilih mengubah suai rumah dengan cara DIY kos memang agak murah dan berbaloi.
Selain itu, anda juga menggunakan lebihan wang untuk membuat rekaan di halaman rumah pula.-UTUSAN










