PETALING JAYA: Prestasi perdagangan Malaysia bermula kukuh pada Januari 2025 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-13 bulan berturut-turut, naik 3.1 peratus kepada RM241.95 bilion berbanding Januari 2024. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport mengembang empat bulan berturut-turut, meningkat 0.3 peratus kepada RM122.79 bilion dan import naik 6.2 peratus kepada RM119.16 bilion. Katanya, ini menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM3.63 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-57 bulan berturut-turut sejak…










