Panduan penyelenggaraan tahunan untuk kediaman

Panduan penyelenggaraan tahunan untuk kediaman

PENYELENGGARAAN secara tahunan dapat memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dapat memastikan isu kecil tidak bertukar menjadi masalah yang besar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBUAT senarai untuk penyelenggaraan rumah secara tahunan membolehkan anda sentiasa bersedia dengan keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya rumah anda dan meminimumkan pembaikan yang mahal.

Penjagaan rumah tahunan mempunyai beberapa faedah termasuk mengetahui masalah keselamatan atau struktur kritikal lebih awal dan memerhati isu kecil sebelum ia menjadi masalah besar.

Penyelenggaraan rumah akan bergantung kepada banyak perkara seperti iklim, usia rumah itu dan bagaimana pemiliknya menjaga rumah terbabit.

Pada minggu ini, Ringgit akan berkongsi ‘checklist’ atau senarai panduan yang perlu diketahui untuk penjagaan rumah supaya ia berada dalam keadaan yang baik untuk penghuninya.

Sediakan bajet untuk penyelenggaraan tahunan rumah

Menetapkan bajet untuk penyelenggaraan rumah anda setiap tahun membantu menguruskan kos penyelenggaraan rumah yang tidak dapat dielakkan dan mengurangkan kesan pembaikan mengejut.

Bajet untuk pembaikan rumah tahunan anda haruslah mengikut kemampuan tetapi terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan.

Bagi rumah yang lebih baharu, bajet untuk penyelenggaraan rumah mungkin berada di hujung bawah julat.

Sebaliknya, rumah berusia lebih 10 tahun memerlukan bajet yang lebih tinggi kerana lebih banyak komponen yang lebih besar memerlukan perhatian.

Penyelenggaraan untuk bahagian luar

Penyelenggaraan luaran adalah tentang memastikan rumah anda selamat dan menjauhkan perosak dan air dari rumah anda.

Buat pemeriksaan bumbung untuk sebarang kerosakan atau panel yang hilang dan kebocoran.

Periksa rumah untuk anai-anai, pastikan longkang anda berfungsi dengan baik, periksa asas rumah sama terdapat keretakan dan lain-lain lagi.

Bersihkan bahagian anjung anjung rumah dan pastikan cat dalam keadaan baik.

Penyelenggaraan untuk bahagian dalaman

Keselamatan adalah kunci uatam untuk penyelenggaraan tetapi juga memberi perhatian kepada isu kelembapan dalam rumah dan pastikan semuanya beroperasi dengan lancar.

Tahap kelembapan yang tinggi juga boleh menyebabkan kulat dan kulapuk yang seterusnya boleh membahayakan kesihatan dalam jangka panjang. 

Pendingin hawa juga biasanya perlu sekurang-kurangnya enam bulan sekali supaya ia dapat berfungsi dengan baik serta sentiasa sejuk.

Selain itu, periksa talian bekalan air untuk peralatan, tandas dan paip.

Bersihkan gegelung peti sejuk anda.

Bersihkan juga permaidani anda supaya tidak menyimpan habuk.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×