MASIH ramai menganggap loteng rumah merupakan tempat yang paling teruk dan menakutkan.
Sesiapa sahaja tidak akan berani menjejakkan kaki ke bahagian atas rumah.
Namun, kita boleh mengubah ruang loteng tersebut menjadi sebuah yang mewah dan cantik.
Lagi menarik kalau anda jadikan loteng tersebut sebagai tempat yang sangat eksklusif dan privasi.
Pilih warna yang sejuk untuk cat loteng rumah
Cat loteng rumah agar ia lebih selesa dan sejuk adalah dengan memasukkan unsur sejuk melalui pemilihan cat.
Warna kelabu atau putih dilihat menarik dan menjadikan ruang loteng nampak ‘sejuk’ dan berangin.
Sesuaikan dengan perabot kecil
Kebiasaannya, siling bilik loteng adalah rendah dan berbentuk condong. Jadi agak sukar untuk anda membawa masuk perabot yang bersaiz besar dan tinggi.
Oleh itu, pilihan terbaik untuk seimbangkan ruang bilik loteng tersebut adalah dengan memilih perabot yang rendah bagi memaksimumkan ketinggian kepala di dalam bilik.
Jadikan sebagai bilik tetamu
Sekiranya anda mempunyai ruang kosong diatas loteng jadikan ia sebagai bilik tetamu.
Anda boleh letakkan katil berkembar dengan dekorasi harmoni buat tetamu yang datang berkunjung dan jadikan kunjungan mereka ke rumah anda sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik.
Ruang simpanan stor
Ini mungkin menjadi ruangan privasi untuk ibu bapa yang sudah berusia menyimpan segala barangan lama di atas loteng.
Ada juga menjadikan ruangan loteng ini stor kecil untuk menyimpan pakaian.
Boleh buat sudut bacaan
Ramai juga yang memberi idea sebegini untuk mendapat privasi ketika rehat.
Beli sebuah rak buku kecil dan boleh bersantai di loteng rumah.
Guna hiasan menarik
Rasuk atau alang yang kelihatan di bumbung, kadang-kadang mampu menjadikan suasana loteng anda menjadi lebih menarik.
Tambah sentuhan pada alang tersebut dengan cara melunturkan warnanya atau sama ada dengan mengecatnya semula atau biarkannya kekal asli.
Sebagai contoh lampu retro yang cukup menarik!
Pencahayaan
Jika waktu siang, anda tidak perlu risau lagi kerana sudah menerima cahaya semulajadi yang mencukupi melalui tingkap besar yang dibina, jangan pula anda lupa cahaya di waktu malam!
Oleh itu, pertimbangkan untuk memasang beberapa jenis dan bentuk lampu dengan cahaya yang menarik.-UTUSAN









