SERING mengikut ibunya mendapatkan barangan borong untuk kedai runcit menjadikan inspirasi kepada pemilik Pookal Group, Abdul Alim Abdul Manaf, 33, untuk mencari pendapatan sendiri dan berdikari sehingga mampu membuka sebuah syarikat percetakan baju dan kilang jahit membekalkan pakaian kepada universiti. Pada tahun ini, beliau meletakkan sasaran 500,000 helai pakaian dengan anggaran jualan lebih RM10 juta pada tahun ini. Abdul Alim berkata, ibunya, Siti Rohani Yusoff, 63, merupakan inspirasinya untuk berjaya…









