TROPICANA Uplands melancarkan fasa 1 Fraser Heights, fasa kediaman terbaharu yang terdiri daripada rumah teres bertanah, meliputi kawasan seluas 14.57 hektar dan berjaya mencapai 60 peratus penjualan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM387 juta. Tropicana Uplands seluas 126.6 hektar merupakan salah satu perbandaran utama Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) di Johor. Fraser Heights menawarkan rumah teres moden dua dan tiga tingkat yang dikelilingi pelbagai kemudahan dan berdekatan dengan Taman Tengah seluas…