SESETENGAH rumah kini terdapat ruangan yang kosong dan pemilik tidak mahu meletakkan almari atau sofa untuk mengelakkan rumah menjadi bertambah sempit.
Namun, ada beberapa idea untuk pemilik memanfaatkan ruangan kosong yang ada di rumah anda.
Wujudkan rak buku kecil
Mungkin idea ini nampak cliche tapi rak buku yang lebih minimal membantu mengisi ruangan kosong di rumah anda.
Jika anda mempunyai anak kecil, boleh isikan rak itu dengan buku yang mudah diambil oleh anak-anak anda.
Ini sekali gus menarik anak anda membaca ketika ada waktu terluang.
Jadikan ruangan kecil untuk meletakkan sofa tilam
Konsep ini akan memberi peluang anda berehat seketika setelah menyiapkan kerja rumah.
Beli tilam yang lebih lembut untuk rehat.
Ruangan rehat ini juga membolehkan tetamu yang kepenatan untuk berehat seketika.
Ruangan minum kopi atau kafe kecil
Jika anda seorang peminat kopi atau minuman panas atau mungkin pastri mungkin ruangan ini menarik untuk di rumah anda.
Sekiranya ada wang lebih, boleh membeli mesin kopi yang comel untuk memudahkan anda membancuh kopi.
Ada juga yang menyediakan ruangan ini untuk minum kopi pada hujung minggu atau lewat malam.
Ruang makan keluarga
Sekiranya ruang kosong itu agak besar mungkin boleh menjadikan ia sebagai ruang makan keluarga.
Galeri sendiri
Ini lebih menarik, sekiranya anda kreatif boleh letak koleksi kegemaran anda di ruangan ini.
Jika pandai mengecat mungkin boleh jadikan ruangan ini ruang ‘seni’ anda.
Boleh juga meletakkan gambar keluarga, gambar graduasi atau gambar unik yang menjadi kegemaran anda.
Tempat penyimpanan mainan
Kebanyakan ibu bapa mengambil peluang membuat tempat penyimpanan mainan anak-anak dengan menggunakan kotak kecil.
Ini bagi memudahkan anak-anak mengambil mainan mereka.
Konsep ini nampak lebih mudah selain membolehkan ibu bapa memantau anak-anak mereka di ruangan yang kecil.
Ruang anda bekerja
Mungkin ramai yang sudah bekerja di rumah? Jadi konsep ini lebih menarik kerana anda boleh mewujudkan ruangan kerja anda di rumah.
Hanya sediakan meja kecil dan kerusi ini menjadikan ruang yang kosong nampak lebih menarik.-UTUSAN










