PETALING JAYA: Syarikat gergasi e-dagang dunia, Taobao terus komited untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai inovasi menarik untuk semua pengguna menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa. Ketua Negara Taobao Malaysia, Jess Lew berkata, pihaknya komited untuk terus menjadikan platform sesuai dan memenuhi keperluan unik pengguna tempatan. “Matlamat kami adalah untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah diakses, relevan dan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia dengan memastikan kami selaras dengan…