Revolusi dan Inovasi perkembangan redBus

Revolusi dan Inovasi perkembangan redBus

KRISHNAN RAMASWANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH 

Platform tempahan tiket bas dan feri dalam talian, redBus, terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015. Sebagai platform terbesar di dunia untuk tempahan tiket bas dalam talian, redBus telah menjadi penyelesaian utama bagi pengguna yang mencari kemudahan, fleksibiliti, dan keberkesanan kos dalam perjalanan mereka. 

Dengan lebih 170 pengendali bas dan feri serta liputan lebih 5,500 laluan di seluruh Malaysia, redBus bukan sahaja memenuhi keperluan pelancong tempatan, tetapi juga memperkasakan komuniti luar bandar dan industri pelancongan negara.Menerusi pelbagai inovasi, seperti sistem tempahan tiket mudah alih dan pengenalan ciri baharu, redBus berusaha mempermudahkan perancangan perjalanan untuk pelbagai demografi.

Wartawan Utusan Malaysia, AMIRUL AIMAN OSMAN berpeluang menemu ramah Ketua Pegawai Perniagaan Antarabangsa redBus, KRISHNAN RAMASWANI, untuk berkongsi berkenaan inovasi dan perkembangan redBus. 

 

UTUSAN: Bolehkah anda kongsi gambaran keseluruhan operasi redBus di Malaysia? Juga sertakan sebarang statistik atau data yang menunjukkan pertumbuhan redBus?

KRISHNAN: redBus, diasaskan pada tahun 2006, kini merupakan platform tempahan tiket bas dalam talian terbesar di dunia, mengintegrasikan lebih daripada 5,000 pengendali bas dan memudahkan tempahan untuk lebih daripada setengah juta laluan. redBus berfungsi sebagai satu pasaran yang menghubungkan penumpang bas dengan pengendali bas. Aplikasi mudah alihnya, dengan lebih daripada 14 juta muat turun, membentuk salah satu komuniti penumpang bas terbesar di dunia.

Kami bermula dari India, dengan menangani cabaran yang dihadapi oleh penumpang bas, sebelum berkembang ke Malaysia dan Singapura pada tahun 2015 untuk menawarkan penyelesaian perjalanan yang berpatutan melalui bas dan feri menerusi laman web serta aplikasi mudah alih iOS dan Android. redBus memperkenalkan perkhidmatan feri di Malaysia pada tahun 2022. redBus menyediakan akses yang mudah dan harga mampu milik untuk bas antara negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, menjadikannya mod pengangkutan yang sangat fleksibel dan berpatutan. redBus juga meliputi laluan feri dari Pantai Timur, Langkawi, Koh Lipe, Singapura dan Indonesia. Hari ini, redBus merupakan salah satu agregator utama di Malaysia dengan lebih daripada 170 pengendali bas dan feri, merangkumi lebih daripada 5,500 laluan di seluruh negara.

Tahun 2024 merupakan tahun yang baik untuk redBus, di mana kami mencatat sebanyak 36 peratus pertumbuhan dari segi jumlah tempat duduk, manakala laluan feri telah meningkat sebanyak 35 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan perkhidmatan ke destinasi seperti Langkawi, Desaru, Indonesia dan pulau-pulau di Pantai Timur. 

Selain itu, pada Mac tahun ini, kami telah melancarkan ciri terbaharu kami, ‘Things to Do,’ untuk memenuhi keperluan perjalanan yang pelbagai dengan menawarkan lebih daripada 500 aktiviti di Malaysia, Singapura dan seluruh Asia Tenggara. Platform ini memperkasa pengguna untuk mengatur perjalanan mereka merentasi lapan kategori utama yang tersedia. Penambahan ciri ini membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan lancar, menjadikan redBus sebagai platform komprehensif untuk pengunjung yang tertarik dengan pengembaraan dan hiburan.

Melalui pengembangan dan inovasi yang berterusan, redBus terus komited dalam meningkatkan rangkaian, kemudahan dan keselamatan bagi pengguna redBus di Malaysia dan lebih jauh lagi.

Bolehkah anda terangkan bagaimana redBus telah mengembangkan rangkaian laluan bas dan feri di seluruh Malaysia, serta kesan rangkaian yang lebih besar ini terhadap komuniti tempatan?

redBus telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam mengembangkan rangkaiannya di seluruh Malaysia dengan memperkukuh dan memperkuat ekosistem yang telah kami bina. Salah satu strategi teras kami adalah jalinan kerjasama yang kukuh dengan pengendali bas dan feri serta pengendali perkhidmatan lawatan dan aktiviti. Hari ini, kami berbangga dapat bekerjasama dengan lebih daripada 90 peratus pengendali bas di Malaysia, mencapai hampir liputan laluan yang lengkap. Berbanding dengan tahun kewangan yang lalu, kami telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 36 peratus dalam jumlah tempat duduk mencatatkan pertumbuhan yang sama dalam jumlah transaksi yang dibuat di Malaysia.

Dari sudut penyedia perkhidmatan dan bisnes, platform kami membolehkan mereka menjangkau pengguna yang lebih luas, meningkatkan kesedaran pengguna dan memacu pertumbuhan bersama. Pengendali dapat berhubung dengan lebih ramai pengguna, manakala pengguna pula mendapat akses kepada pelbagai pilihan pengangkutan. Bagi pengguna, rangkaian yang diperluas ini telah memberikan kesan yang mendalam. Perjalanan bas yang praktikal dan berpatutan, adalah pilihan pengangkutan yang disukai oleh ramai pelajar universiti dan golongan pekerja, terutamanya untuk perjalanan jarak jauh pulang ke kampung semasa musim perayaan atau cuti. Bas menawarkan penyelesaian yang mudah dan menjimatkan untuk memenuhi keperluan ini.

Di kawasan yang bergantung pada sektor pelancongan, peningkatan laluan bas dan aksesibiliti telah memacu aktiviti ekonomi dengan mendorong lebih ramai orang untuk meneroka destinasi baharu. Lebih utama, rangkaian kami kini semakin banyak merangkumi bandar dan pekan tier-2 dan tier-3, juga merupakan faktor besar kepada pertumbuhan kami. Rangkaian ini memberikan peluang kepada komuniti di kawasan yang sukar diakses, memupuk inklusiviti dan merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar. Tahun kewangan ini, pertumbuhan dari bandar-bandar tier 2 & 3 mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, dengan mempermudahkan tempahan laluan merentas negeri, redBus menyokong integrasi ekonomi yang lebih besar, mempromosikan pertukaran budaya, dan membantu pembangunan serantau.

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh redBus untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses dan selesa untuk pelbagai demografi, termasuk populasi luar bandar dan pelancong antarabangsa?

Meskipun kami berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat, kumpulan sasaran utama kami adalah golongan muda dan dewasa bekerja, berumur 18-35 tahun. Beberapa langkah terbaharu yang telah kami ambil untuk golongan ini termasuk menawarkan diskaun dan tawaran istimewa untuk pelajar di universiti-universiti utama tertentu.

Untuk memudahkan perjalanan dan memastikan kemudahan untuk semua pengguna, termasuk penduduk luar bandar, kami melancarkan corong Bahasa Melayu bagi mereka yang memilih untuk menempah dalam bahasa tempatan. Ini telah mendapat sambutan yang baik dan kira-kira 10 peratus tempahan kami datang dari corong ini. Selain itu, untuk memastikan inklusiviti, kami menjalankan kempen pemasaran dalam pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Tamil.

Di redBus, kami komited untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses dan selesa untuk semua pengembara, termasuk penduduk luar bandar dan pelancong antarabangsa. Kami telah memperluaskan pilihan laluan bas untuk menghubungkan bandar dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dengan pusat bandar, untuk memastikan mereka di kawasan luar bandar mempunyai akses yang lebih baik kepada pengangkutan.

Kami telah melihat pertumbuhan yang kukuh, dengan peningkatan 20 peratus tahun ke tahun dalam kiraan muat turun aplikasi setakat 2024, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan kami. Rangkaian yang semakin berkembang telah memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ini, memberikan akses kepada lebih banyak laluan dan perkhidmatan untuk pengguna di seluruh Malaysia.

Bagaimana redBus memanfaatkan teknologi untuk memudahkan proses tempahan dan meningkatkan pengalaman perjalanan bagi rakyat Malaysia?

redBus komited untuk memanfaatkan teknologi terkini bagi memudahkan proses tempahan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan untuk pelanggan dan pengendali bas kami. Inovasi kami memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan, kemudahan, dan kepuasan untuk kedua-dua pelanggan dan pengendali bas. Beberapa inisiatif utama kami termasuk:

  • Tempahan Lancar melalui Aplikasi Mudah Alih: Aplikasi mudah alih kami membolehkan pengguna menempah tiket dari mana-mana sahaja, mengelakkan keperluan untuk beratur panjang. Ciri-ciri seperti penempahan tiket mudah alih dan penggunaan kod QR dapat memudahkan perjalanan. Sistem inovatif ini membolehkan penumpang menaiki bas hanya dengan mengimbas kod QR pada telefon mudah alih mereka. Kami berbangga menjadi antara yang pertama mengintegrasikan ciri inovatif ini dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), menetapkan piawaian untuk perjalanan yang lancar.
  • Penyelesaian Harga Dinamik: redBus menawarkan penyelesaian harga dinamik yang menggunakan pendekatan berasaskan AI/ML (kecerdasan buatan/pembelajaran mesin) untuk penetapan harga tiket dengan tujuan untuk memaksimumkan pendapatan dan mengautomasikan penetapan harga untuk pengendali bas. Melalui cara ini, redBus membantu pengendali bas mengira dan menetapkan kadar tambang yang paling optimum untuk tiket bas secara hampir masa nyata.
  • Ciri-Ciri Berfokuskan Pelanggan: Ulasan dan penilaian memperkasakan pengguna untuk membuat pilihan yang lebih baik, manakala ciri-ciri seperti jaminan pemulangan wang dan pas elektronik untuk menaiki bas meningkatkan kepercayaan dan kemudahan. Tambahan pula, salah satu kemajuan utama kami adalah membantu para pengendali untuk memanfaatkan cerapan data.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN