Malaysia ketinggalan dalam pengetahuan pelaburan digital

Malaysia ketinggalan dalam pengetahuan pelaburan digital

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA serba di hujung jari sememangnya membuka minda banyak pihak khususnya golongan remaja untuk mencuba ‘menggali’ keuntungan dalam pelaburan digital yang menjanjikan keuntungan yang tinggi. 

Namun, masalah pengetahuan yang tidak meluas selalu menjadi cabaran utama kepada remaja untuk terjun di dalam pelaburan digital ini serta pengurusan kewangan yang lemah juga menjadi penyebab kepada perkara ini berlaku. 

Menurut pelabur muda, Muhammad Syahmi Imran Muhamad Faris Irfan berkata, Malaysia boleh dikategorikan ketinggalan dengan negara maju yang lain dalam pengetahuan pelaburan digital seperti kripto dalam kalangan remaja. 

“Jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS), remaja bawah umur 18 tahun di sana sudah mula belajar melabur dalam aset digital. 

“Malah, broker di sana turut menawarkan akaun khas untuk remaja di bawah umur bagi pelaburan saham dan kripto tetapi di Malaysia perkara ini masih belum wujud,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah Syahmi Imran, pendedahan awal sepatutnya diberikan kepada anak muda mengenai pelaburan digital dan aset digital. 

“Sistem pendidikan sekarang perlu lebih meluas khususnya kepada pendidikan kewangan secara formal. 

“Mungkin ia boleh dimasukkan ke dalam pelajaran sekolah atau program khusus yang sesuai. 

“Oleh itu, dengan belajar konsep kewangan ini, mereka boleh lebih bijak mengurus kewangan khususnya kepada lepasan ijazah yang sering terlibat dengan masalah kewangan peribadi kerana tidak tahu cara mengurus aset mereka,” katanya. 

Selain itu, pelabur muda, Mohamad Fahmi Najwan Mohd Adip berkata, sistem pendidikan haruslah seiring dengan teknologi yang semakin berkembang pesat. 

Katanya, penggunaan mata wang digital yang semakin me­ningkat boleh menjadi kewajaran utama pendidikan kewangan seperti pelaburan diajar kepada remaja. 

“Kita tidak tahu, mungkin di masa hadapan mata wang yang kita guna sekarang akan digantikan dengan mata wang digital kerana satu demi satu pelaburan digital seperti Bitcoin dan WorldCoin telah diperkenalkan.

“Malah, urus niaga secara komersial juga telah banyak dijalankan menggunakan mata wang digital. 

“Oleh itu, pengenalan pendidikan kewangan kepada remaja dapat membantu mereka menyertai bidang ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang betul,” katanya. 

Fahmi turut menjelaskan bahawa pendidikan kewangan dapat membantu remaja menghilangkan fenomena fear of missing out (FOMO) yang menjadi masalah utama remaja. 

Berpendapat sama, pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Hasnah Toran berkata, pelaburan digital memerlukan pendidikan kewangan yang tepat dan tidak hanya berguru di media sosial semata-mata. 

“Pendidikan kewangan sememangnya sudah lama dibin­cangkan kerana semua golo­ngan khususnya remaja. 

“Silibus yang diwajar difokuskan adalah bagaimana menjaga dan mengawal per­belanjaan, menyimpan untuk masa hadapan serta jenis-jenis simpanan yang boleh memberikan ketenangan kepada remaja. 

“Pendidikan ini sangat wajar diletakan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan perlu dibincangkan sehingga dimasukkan ke dalam kurikulum kebangsaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×