PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjelaskan pelan penstrukturan semula yang dirujuk di Parlimen pada 5 Disember 2024 tidak dibatalkan, sebaliknya ia telah diperhalus untuk menangani cabaran semasa dan peluang yang muncul selaras dengan situasi pasaran terkini. Lembaga berkata, pelan penstrukturan baharu ini mencerminkan kepekaan dan daya tindak LTAT dan Kementerian Pertahanan dalam menangani isu kestabilan kewangan, mengurus liabiliti, mempelbagaikan pelaburan dan membina portfolio yang kompetitif serta mampan demi…










