Kelebihan dan kekurangan rumah bertingkat

Kelebihan dan kekurangan rumah bertingkat

HARGA rumah bertingkat lebih rendah berbanding dengan rumah yang mempunyai halaman bertanah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIH jenis hartanah yang sesuai untuk dibeli sememangnya memerlukan pertimbangan yang teliti, rumah bertingkat tinggi seperti kondominium, pangsapuri mahupun flat semakin mendapat perhatian khususnya pasangan yang baru berkahwin atau orang bujang untuk dijadikan rumah pertama. 

Namun, sebelum membuat keputusan, anda perlu jelas tentang keperluan serta gaya hidup yang ingin diterapkan kerana rumah bakal menjadi tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti dan juga merupakan pelaburan jangka masa panjang.

Oleh itu, dalam keluaran Ringgit kali ini, kami kongsikan panduan kepada anda berkenaan kelebihan dan kekurangan mendapatkan rumah bertingkat tinggi.

KELEBIHAN

Kemudahan moden

Kondominium biasanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan, sauna dan lain-lain. Semua ini memberikan nilai tambah kepada nilai kehidupan anda yang sibuk dengan pekerjaan.

Harga lebih murah

Jika anda bandingkan kondo mewah dengan rumah bertanah, anda mungkin akan dapati harga kedua-duanya hampir serupa bergantung pada faktor seperti kemudahan, lokasi dan saiz.

Namun rumah bertingkat yang asas biasanya lebih murah daripada rumah bertanah dan boleh menjadi pelaburan yang bijak bagi pembeli rumah kali pertama.

Keselamatan Terjamin

Hartanah rumah bertingkat sering menawarkan ciri keselamatan tambahan seperti kawalan kad akses dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Ini memberikan ketenangan kepada anda khususnya kepada yang mempunyai anak kecil.

Permintaan Sewa Tinggi

Lokasi rumah bertingkat yang strategik, biasanya berhampiran pengangkutan awam dan institusi pendidikan, menjadikannya pilihan utama penyewa jika anda hendak jadikan sebagai rumah pelaburan di masa depan kelak. 

 

KEKURANGAN

Kos penyelenggaraan

Kemudahan seperti kolam renang dan gimasium memerlukan penyelenggaraan. Pemilik perlu membayar yuran penyelenggaraan bagi memastikan bangunan sentiasa dalam keadaan baik.

Berstatus komersil

Sesetengah rumah bertingkat  berstatus komersil yang bermakna kadar utiliti lebih tinggi dan mungkin dikenakan cukai perkhidmatan.

Ruang lebih kecil

Kediaman seperti ini juga biasanya lebih kecil berbanding rumah bertanah yang mungkin bakal menjadi kekangan untuk keluarga besar.

Peraturan ketat

Pemilik mungkin terikat dengan peraturan seperti larangan memelihara haiwan peliharaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×