PETALING JAYA: Indeks penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang kukuh sebanyak 8.0 peratus pada 2025 berbanding 12 peratus pada 2024 dan 5.0 peratus pada 2023, menandakan tahun ketiga berturut-turut pertumbuhan, menurut CIMB Securities. Pertumbuhan ini dipacu oleh dasar-dasar kerajaan Madani seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP), serta…