PETALING JAYA: Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla menggunakan komponen daripada kira- kira 45 pembekal tempatan secara langsung atau tidak langsung hingga kini, termasuk pemindahan teknologi kepada pembekal tersebut. Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), pengeluar tempatan digunakan terutamanya untuk penyediaan komponen semikonduktor, pemeriksaan mesin dan sistem automasi kilang. “Walaupun Tesla tidak pernah memberikan komitmen untuk menjalankan pemasangan tempatan bagi kenderaan mereka, MITI melalui agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan…