IZZLY sedia makanan bayi  halal dan berkhasiat

IZZLY sedia makanan bayi  halal dan berkhasiat

NOR Dahlia Dahili menunjukkan produk makanan bayi keluaran IZZLY.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Izzly Network Sdn. Bhd. (IZZLY) melangkah lebih jauh dalam memenuhi keperluan pelanggan yang mengutamakan produk makanan bayi yang halal dan selamat dengan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2021.

Pengasas dan Pengarah Urusan IZZLY, Nor Dahlia Dahili berkata, sijil halal bukan sahaja membina kepercayaan pelanggan beragama Islam, tetapi juga memastikan tahap kebersihan dan keselamatan yang tinggi dalam penghasilan produk IZZLY. 

“Produk yang terjamin halal, suci dan aman dimakan adalah keutamaan bagi kami kerana kami memahami kepentingannya bagi pelanggan. 

“Memperoleh sijil halal ini bukan sekadar untuk memenuhi permintaan pelanggan Islam, tetapi juga untuk menjamin kebersihan serta keselamatan produk kami.”

“Jadi, dengan mematuhi prosedur ketat dan dokumentasi yang diperlukan memang mencabar, tetapi kami yakin ia satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Jelas Nor Dahlia, sijil halal adalah pengiktirafan bahawa produk IZZLY memenuhi standard yang tinggi dari segi kebersihan, kualiti dan keselamatan. 

“Saya menasihatkan usahawan lain agar mempertimbangkan sijil halal kerana ia membantu dalam membina kepercayaan pelanggan.

“Selain itu, ia turut membuka peluang pasaran yang lebih luas, terutama di negara-negara yang memberi penekanan kepada produk halal,” katanya. 

Jelasnya, IZZLY kini merancang untuk memperluaskan rangkaian produk mereka ke pasar raya utama serta kedai-kedai barangan ibu dan bayi di seluruh negara. 

“Dengan komitmen terhadap produk yang berkualiti tinggi dan halal, IZZLY berusaha menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk generasi muda Malaysia. 

“IZZLY dikenali sebagai pengeluar makanan bayi dan kanak-kanak yang bebas gula serta garam tambahan, dengan lebih daripada 43 produk, termasuk bubur, serbuk perasa dan biskut bayi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN