PETALING JAYA: Prestasi ringgit dan Bursa Malaysia dijangka terus dipengaruhi oleh risiko geopolitik, khususnya dengan serangan berterusan tentera Israel terhadap Lubnan yang bertentangan dengan saranan negara-negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, keadaan itu menunjukkan ketegangan geopolitik akan terus meningkat. “Oleh itu, selera risiko dalam kalangan pedagang saham, mata wang dan pelabur dijangka kekal rendah kerana strategi utama ketika…