Perkenal insentif galak pelaburan industri farmaseutikal

Perkenal lebih banyak insentif galak pelaburan industri farmaseutikal – MOPI

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini disarankan memperkenalkan lebih banyak insentif yang menggalakkan pelaburan daripada syarikat swasta untuk industri farmaseutikal.

Pengarah Eksekutif, Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Billy Urudra berkata, antara permintaan yang telah dikemukakan pihaknya kepada kerajaan adalah berhubung keselamatan ubat-ubatan, bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Katanya, pihaknya mengharapkan pengenalan insentif secara bersasar untuk tujuan spesifik bagi memastikan ketersediaan bekalan ubat-ubatan dan ia hanya boleh berlaku sekiranya ubat dihasilkan sendiri di dalam negara.

“Kerajaan perlu menggalakkan pengeluar lokal untuk melabur dalam teknologi baharu bagi pembuatan ubatan kerana hal ini akan melibatkan belanja tinggi sehingga setengah billion ringgit.

“Sekiranya ini berlaku, ia juga akan mencipta peluang pekerjaan dan menghasilkan limpahan ekonomi yang lebih besar,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI), Andy Lee berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meneruskan fokus kepada sektor penjagaan kesihatan sebelum ini, termasuk melibatkan pembangunan bakat baharu untuk industri.

“Berdasarkan Kertas Putih Kesihatan yang telah diluluskan Parlimen sebelum ini, perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan awam akan dinaikkan untuk mencapai lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kami menjangkakan peruntukan untuk sektor kesihatan akan dinaikkan kepada antara RM45 bilion dan RM48 bilion berbanding RM41.2 bilion dalam Belanjawan 2024,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN