KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat menjadi peneraju dalam penerapan dan inovasi teknologi rantaian blok (blockchain) sekali gus memastikan negara bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pemain utama yang membentuk pembangunan masa depannya. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata, pihaknya komited membangunkan polisi, infrastruktur dan insentif yang diperlukan untuk menyokong penerapan blockchain secara meluas di pelbagai industri. “Ini disebabkan pengiktirafan terhadap kepentingan blockchain semakin meningkat. “Blockchain semakin diiktiraf sebagai teknologi…